Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar berucap di hadapan kira-kira 1,500 penjawat awam pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Bina rumah penjawat awam baharu, baiki kerosakan tahun hadapan – PM Anwar

ByBernama

SHAH ALAM, 12 Jun: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam baharu serta membaiki kerosakan kediaman sedia ada bermula tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata masalah berkenaan akan menjadi fokus kerajaan selepas menyelesaikan isu tandas rosak serta kekurangan kemudahan asas di sekolah.

“Saya pergi ke Langkawi pun, rumah-rumah tentera teruk benar. Saya pergi ke Penjara Sungai Buloh,  kawan-kawan saya tolong jaga saya (ketika dalam penjara) duduk rumah pun (rosak).

“Jadi sebab itu untuk tahun depan, kalau kita selesaikan masalah tandas (rosak) dan (kekurangan) kemudahan asas di sekolah, saya akan tumpu kepada rumah penjawat supaya elok. Ini termasuk rumah-rumah baharu,” kata beliau.

Anwar berucap di hadapan kira-kira 1,500 penjawat awam pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan