Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis melancarkan Op Tutup bagi mengesan Bony (kiri) dan Kelvin yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah, dekat Kuching, hari ini. Foto: PDRM.

Polis buru dua warga Indonesia lari dari lokap Balai Polis Tapah

BySaibi Gi

KUCHING, 12 Jun: Dua orang tahanan warganegara Indonesia melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata Kelvin, 21, dan Bony, 31, disahkan lari dari lokap pada 1 tengah hari oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Kedua-dua suspek yang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen telah ditangkap oleh sepasukan anggota polis Balai Polis Kota Sentosa pada 7 Jun 2023 dan telah ditempatkan di lokap Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek dan semua elemen-elemen telah digerakkan untuk Op Tutup di seluruh kawasan Daerah Padawan. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai individu yang mencurigakan, boleh berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan