Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizal Hadi. Foto: RWMF.

Alat muzik berasaskan buluh serlah keunikan Rizal Hadi di pentas RWMF 2023 

ByDayu Adruce

KUCHING, 12 Jun: Seorang multi-instrumentalis yang berbakat unik, penyanyi, penulis lagu, pembuat instrumen dan aktivis sosial dari Jawa Barat, Rizal Hadi bakal menyerlahkan keunikan alat muzik berasaskan buluh hasil ciptaannya di pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 nanti. 

Menurut laman web rasmi RWMF, Rizal memanfaatkan pengetahuannya berasaskan buluh untuk mencipta instrumen unik dipanggil Rasendriya.  

Alat muzik tersebut  menggabungkan gitar dengan didgeridoo dan celempung (perkusi).  

Selain itu, Rizal turut mempunyai projek terbaharu iaitu instrumen Bamboo Lapsteel Guitar & Strings.  

Rizal mencipta gaya muzik rakyat yang unik dengan menggabungkan balada, rock, reggae dan blues dengan irama etnik eklektik.  

Pada penghujung 2012 Rizal telah mengetengahkan gelombang muzik baharu di persada antarabangsa.

Lagu ciptaan Rizal kebanyakannya berkaitan tentang kehidupan, pengembaraan, semangat, demokrasi dan peluang pasti mempunyai peminatnya tersendiri.  

Antara barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura. 

Pada penganjuran RWMF tahun ini, sebanyak 199 pemuzik dari 12 negara termasuk pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings dari Perancis, kumpulan Jamaica-Amerika Big Mountain dan Teater Safi dari Tanzania bakal memeriahkan pentas. 

RWMF 2023 tampilkan pemenang Anugerah Grammy

Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023. 

Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan