KUALA LUMPUR : Jurulatih Skuad Negara, Tan Cheng Hoe, percaya anak buahnya akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu UAE tanpa gangguan psikologi walaupun bumi negara teluk itu pernah menjadi saksi kepada detik hitam bola sepak negara.
Cheng Hoe menyuarakan keyakinan itu berdasarkan perbandingan barisan pemain negara yang kali ini tampak memiliki ‘senjata tersendiri’ untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023.
“Kekalahan memalukan berdepan UAE sebelum merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dilupakan.
“Semestinya kali ini kami dibarisi pemain yang berbeza dan berharap mampu menghalang gerakan pasukan lawan dan perkara paling penting adalah yakin ketika turun beraksi,” kata Cheng Hoe.
Meskipun pasukan negara kini dibarisi pemain berbeza namun kekuatan mereka diharap dapat menghalang gerakan pasukan lawan