Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual merasmikan Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMtec) 2023 pada 8 hingga 9 Ogos di Miri. Foto: SOPPOA POMtec 2023.

TPM Fadillah dijadual rasmikan POMtec 2023

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Jun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual merasmikan Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMtec) 2023 pada 8 hingga 9 Ogos ini di Miri.

Pengerusi Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) Eric Kiu berkata, pihaknya selaku penganjur juga telah menjemput Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom untuk menyempurnakan penutupan acara tersebut.

Kata beliau, POMtec 2023 penting kerana bakal menampilkan barisan pakar industri dan penyelidik terkemuka yang akan berkongsi kepakaran dan pandangan menerusi sesi pembentangan.

“Pameran juga akan menghimpunkan penyedia teknologi terkemuka, pengilang peralatan dan penyedia perkhidmatan yang akan mempamerkan penyelesaian termaju dan jentera canggih yang direka bentuk untuk mengoptimumkan operasi pengilangan minyak sawit,” katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu, beliau memberitahu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni juga akan membentangkan satu kertas khas pada persidangan tersebut.

“Selain itu, institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan juga dijemput untuk mempamerkan penyelidikan, program akademik dan sumbangan mereka kepada industri minyak sawit,” katanya.

Berhubung polisi mengutamakan kelestarian alam sekitar yang dikaitkan dengan industri sawit, Eric berkata, peningkatan kesedaran dalam kalangan pemain industri telah dapat diperhatikan.

“Perkembangan menarik berlaku kerana produk sampingan yang dijana oleh kilang kelapa sawit turut memberi tumpuan terhadap kemampanan, amalan ekonomi pekeliling dan keperluan untuk mengurangkan sisa dalam industri minyak sawit,” katanya.

Di Sarawak pula katanya, statistik tahun lepas merekodkan sebanyak 84 kilang sawit beroperasi dengan mengeluarkan kira-kira empat juta tan minyak sawit mentah dan 895,000 tan isirong sawit.

Mereka yang berminat untuk menyertai persidangan itu boleh mendaftarkan menerusi pautan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan