Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JKNS berusaha dapatkan bekalan ubat bius rawatan pergigian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Jun: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak memaklumkan sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan ubat bius bagi menangani masalah kekurangan ubat itu di klinik pergigian.

Pengarahnya, Dr. Ooi Choo Huck berkata, masalah kekurangan stok anestatik bukan sahaja berlaku di Kuching malah di seluruh negara sejak tahun lepas.

Kata beliau, tindakan pantas yang dilakukan pihaknya ialah dengan mendapatkan bekalan dari klinik di bahagian lain serta sentiasa berkomunikasi dengan pesakit yang memerlukan rawatan pergigian.

“Petugas kesihatan akan menghubungi pesakit bagi menerima rawatan sebaik sahaja bekalan ubat sampai,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kelmarin laporan media menyebut Klinik Pergigian Kota Sentosa berdepan masalah kekurangan ubat itu yang menyebabkan pesakit dirujuk ke klinik pergigian swasta.

Pesakit yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta pula terpaksa menanggung kesakitan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Program Kesihatan Pergigian kini dalam usaha memastikan pembaharuan kontrak pembekal berpusat negara bagi ubat tersebut dapat dicapai segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan