Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiong King Sing bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tri-Tahunan PDP Tahun 2023 di Bintulu, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Jangan tikam belakang – King Sing

ByMuqri Aziz

BINTULU, 11 Jun: Ahli – ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) diingatkan agar sentiasa memelihara serta mengamalkan perkongsian kuasa secara adil dan saksama demi kebaikan parti.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing ketika memberi ingatan itu berkata, ini kerana beliau tidak mahu PDP terjejas berikutan wujud sikap tidak bertoleransi dalam kalangan ahli mereka selepas mendapat jawatan.

King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, beliau mengesan terdapat segelintir ahli PDP yang leka dengan jawatan dalam agensi kerajaan.

“ (Malah) ada juga yang bertindak tikam belakang serta saling berbalah hanya semata-mata untuk berebut jawatan di agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan seumpamanya.

“Perbuatan ini akan memusnahkan kita, (ingatlah) rakyat akan menilai tingkah laku pemimpin mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tri-Tahunan PDP 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Meneruskan ucapan, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, sekiranya sikap itu tidak diubah, ia akan membawa kehancuran kepada parti.

“Jangan jadi duri dalam daging kerana kita memerlukan pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat Sarawak.

“Sebagai salah satu parti di bawah panji GPS, kita perlu memastikan PDP kekal relevan dan mampu menyumbang ke arah kebaikan parti dan negeri,” katanya.

Beliau turut berharap agar barisan kepimpinan parti sentiasa mendengar luahan dan teguran disuaran oleh akar umbi demi kebaikan parti. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan