Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus melawat salah seorang ibu di wad bersalin di Hospital Miri, hari ini. Foto: TVS

Lebih RM113 juta digunakan untuk ESF dan BIB – Rosey

MIRI, 9 Jun: Bagi membantu meringankan beban ibu bapa membesarkan anak-anak, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan kira-kira RM113.1 juta menerusi Endowment Fund Sarawak (ESF) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata bagi ESF, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM91.16 juta untuk dimasukkan ke dalam 91,163 akaun ESF sejak dilaksanakan dalam tempoh 1 Januari 2019 sehingga 15 Mei 2023.

Manakala bagi BIB yang diperkenalkan pada 1 Januari 2020 sehingga 15 Mei 2023, seramai 47,298 para ibu mendapat bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM21.5 juta, katanya.

“EFS merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah untuk setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi. 

“Ia bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Simbolik ESF Dan BIB di Hospital Miri sempena Program Pameran Digital: 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini, hari ini.

Permohonan ESF boleh dilakukan secara manual di 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak bagi yang berada di dalam Sarawak manakala untuk yang berada di luar Sarawak, permohonan dibuat dengan mengeposkan dokumen diperlukan ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Ibu Pejabat JPN Sarawak.

Manakala bagi BIB, bantuan diberikan berbentuk RM450 dalam bentuk tunai kepada para ibu tetapi mereka perlu melakukan permohonan pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh tiga bulan selepas bersalin.

Permohonan BIB pula secara manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, JPN Sarawak atau Pejabat Urus Setia BIB, Bangunan Baitul Makmur 2 dan secara talian di iSarawakCare dengan memuat naik dokumen sokongan tanpa hadir ke pejabat untuk berurusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan