Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sindiket 'phone scam' menyamar sebagai pihak berkuasa dan memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang. Foto hiasan.

Lebih RM2 juta lesap, diperdaya taktik ‘phone scam’

BySaibi Gi

KUCHING, 9 Jun: Sejumlah RM2,300,713.85 kerugian melibatkan kes penipuan ‘phone scam’ untuk tempoh 1 Januari hingga 6 Jun tahun ini dicatatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata kerugian itu membabitkan 32 kertas siasatan.

“Modus operandi bagi kes ‘phone scam’ adalah membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa ke atas mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, daripada 32 kes berkenaan, anggaran umur mangsa adalah antara 19 hingga 70 tahun yang kebanyakannya pegawai kerajaan, agensi swasta, pelajar dan suri rumah.

Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan telah dituduh bagi 2023.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang mengatakan bahawa anda terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

“Buat semakan terlebih dahulu dengan agensi yang terlibat untuk pengesahan lanjut,” ujarnya.

Katanya, individu yang menerima panggilan telefon jangan mudah panik dan memaklumkan perkara tersebut kepada pasangan, rakan atau ahli keluarga. 

Jangan mudah memindahkan wang atau memberikan butiran perbankan kepada orang yang tidak dikenali, sebaliknya terus menghubungi atau datang ke balai polis atau bank berhampiran bagi mendapatkan nasihat.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi menyekat pengeluaran wang.

“Melalui semakan aplikasi Whoscall, orang ramai boleh mengesan panggilan masuk nombor telefon ‘scammer’ yang tersenarai dalam pangkalan data sistem Semakmule milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan