Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kevin Tang bercita-cita menjadi seorang guru selepas rancangannya menamatkan pengajian di universiti. Foto: TVS

SPM: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas buktikan dirinya mampu cemerlang

ByConnie Grace

KUCHING, 8 Jun: Seorang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Kevin Tang, dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dengan 7A untuk semua mata pelajaran.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, itu mengakui lebih selesa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kalau belajar secara bersemuka, saya tidak mudah fokus tetapi berbeza pula dengan PdPR, saya lebih fokus dengan pengajaran yang sedang berjalan.

“Sokongan daripada keluarga banyak membantu saya untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana mata pelajaran (Kimia) yang sangat susah bagi saya tetapi saya tidak sangka, keputusan untuk mata pelajaran Kimia lulus dengan cemerlang,” katanya pada Majlis Pengumuman SPM 2022 di sini, hari ini.

Anak kedua daripada tiga adik beradik itu menambah, dia merancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan bercita-cita menjadi seorang guru.

Sementara itu, menurut ibunya, Carina Wong, walaupun anaknya merupakan Calon Berkeperluan Khas, dia turut berbangga dengan apa yang dikecapi oleh anaknya.

“Saya hanya menyokong apa yang diperlukan oleh anak saya (Kevin) kerana dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru oleh kerana minatnya mendalam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 132 orang CBPK, iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas telah menduduki peperiksaan SPM 2022.

Berdasarkan jumlah tersebut, 56.06 peratus CBPK layak memperolehi sijil SPM 2022. – TVS

Berita Berkaitan

ByBernama-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-