Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi tiket tambahan ke RWMF 2023.

Tiket RWMF 2023 boleh dibeli secara fizikal mulai 9 hingga 11 Jun

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Jun: Tiket bagi menyaksikan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 mula dijual esok sehingga 11 Jun ini.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berkata tiga lokasi yang dipilih untuk penjualan tiket konsert tahunan itu ialah Plaza Merdeka dan Vivacity Megamall, Kuching dan Bintang Megamall, Miri.

“Penjualan tiket bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Mereka yang membeli tiket di lokasi ini berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi tiket tambahan ke festival dengan terma dan syarat tertera,” katanya dalam kenyataan.

Penjualan tiket RWMF 2023 bermula esok

RWMF 2023 akan berlangsung bermula 23 hingga 25 Jun di Kampung Budaya Sarawak (KBS), Santubong.

RWMF 2023 akan menampilkan pelbagai penghibur genre muzik, termasuk pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings yang menampilkan Tonino Baliardo dari Perancis dengan lagu-lagu hits seperti ‘Djobi Djoba’ dan ‘Bamboleo’ yang akan menambat hati pengunjung dengan muzik mereka yang berorientasikan pop, jauh dari genre flamenco dan rumba tradisional.

Tempah tiket sekarang di http://rwmf.net – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan