Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mereka yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini dikenakan bayaran penuh iaitu RM30,800. Foto fail: Reuters

Rayuan haji 2023: TH tetapkan dua pengecualian kepada yang layak

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Tabung Haji (TH) menetapkan dua pengecualian kepada jemaah haji yang membuat rayuan di luar giliran untuk mendapatkan bantuan kewangan haji atau subsidi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, secara umumnya, pihak yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini dikenakan bayaran penuh iaitu RM30,800.

“Bagaimanapun kalau mereka ini termasuk dalam dua pengecualian iaitu pertama mereka ini mahram kepada jemaah haji yang pergi, contohnya, suami dapat pergi tetapi isteri tertinggal, isteri buat rayuan dan suami tergolong dalam golongan B40, maka isteri tadi pun dapat kelayakan subsidi atau bantaun kewangan haji. Itu yang pertama,” ujarnya.

“Yang kedua ialah, mereka yang membuat rayuan haji itu adalah mereka yang menjadi pengiring. Contohnya yang dapat pergi haji tadi mereka yang dah tua dan uzur kesihatannya, maka dia memerlukan pengiring. Maka pengiring akan dapat bantuan atau subsidi tersebut,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen, Abdul Latiff Bin Abdul Rahman yang bertanyakan mengenai kelonggaran kos bayaran kepada jemaah haji yang membuat rayuan khususnya warga emas dan golongan B40.

TH sebelum ini menetapkan bagi jemaah yang menerima giliran tahun ini, bayaran dikenakan bagi individu B40 ialah RM10,980; M40 (RM15,980) dan T20 (RM30,850).

Terdahulu, Dr Mohd Na’im memberitahu, untuk haji tahun ini, sebanyak 45.7 peratus yang terpilih terdiri dari jemaah haji kumpulan B40, 52.3 peratus pula dari jemaah haji kumpulan M40 dan selebihnya, ia2.0 peratus adalah dari kumpulan T20.

Jelasnya, TH bekerjasama dengan Kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah haji yang terpilih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan