Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara suspek yang diberkas polis susulan kes samun di Serian. Foto: PDRM

Lima penyamun larikan wang tunai, rantai dan gelang dicekup

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Jun: Urusan jual beli gelang perak bertukar menjadi samun bagi seorang remaja lelaki dalam kejadian di tepi Jalan Kuching-Serian, berdekatan Kampung Lintang pada Isnin lepas.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superitendan Aswandy Anis berkata empat lelaki dalam lingkungan umur 22 hingga 29 tahun dan seorang perempuan berumur 17 tahun diberkas hari ini dan ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebelum kejadian, mangsa telah dihubungi oleh seorang teman wanita suspek agar datang ke tempat kejadian untuk urusan jual beli gelang perak milik perempuan itu. 

“Apabila mangsa datang ke tempat kejadian, beliau terus ditahan oleh empat suspek lelaki dan mengambil telefon bimbit mangsa dan wang tunai RM550 dan rantai serta gelang silver yang dipakai mangsa,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta Perodua Axia yang digunakan suspek dan telefon bimbit mangsa.

Aswandy berkata lagi, semua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes samun dan dadah. 

Saringan air kencing mendapati suspek-suspek positif dadah.

Kesemua mereka ditahan di lokap Balai Serian dan akan direman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan