Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chef Marthineus Langi (kiri) menunjukkan demonstrasi persembahan dan penggayaan makanan kepada usahawan makanan anjuran SAGO di The Hills, hari ini. Foto: Regina Lee (TVS)

SAGO bantu usahawan gayakan sajian seiring trend ‘kamera makan dahulu’

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Jun: Program Sarawak Gastronomy Incubator (SAGO) diyakini membantu usahawan makanan mengenali kepentingan persembahan dan penggayaan sajian bagi mengembangkan perniagaan makanan mereka.

Rakan kongsi penganjur SAGO, Evelyn Teo berkata program itu juga menjadi sistem sokongan untuk industri makanan dan minuman (F&B) yang merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.

Menurut Evelyn, industri itu turut telah mencipta banyak peluang pekerjaan ketika era pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Sangat penting untuk usahawan makanan memahami karakter manusia yang bukan sahaja makan berdasarkan mulut semata-mata, kini adanya istilah ‘kamera makan dahulu’ memandangkan pelanggan akan mengambil gambar makanan dan memuat naik ke sosial media sebelum menjamu selera.

“Oleh itu, usahawan makanan harus tahu pentingnya persembahan makanan mereka, untuk mengetahui elemen-elemen dalam produk makanan agar mereka dapat membuat penambahbaikan pada masa datang.

“Dengan adanya SAGO, kami berharap agar dapat membina sistem sokongan yang baik untuk usahawan makanan dan juga industri F&B pada masa datang,” katanya selepas menganjurkan kelas Persembahan dan Penggayaan Makanan di The Hills, pada Rabu.

Sementara itu, panel jemputan, Chef Marthineus Langi berkata, menerusi pendedahan ini, usahawan makanan diharapkan dapat mengetengahkan produk makanan mereka dengan menggunakan bahan tempatan daripada pembekal tempatan.

“Saya memberi idea kepada peserta program SAGO untuk menggunakan bahan tempatan dengan membelinya dari pembekal tempatan juga, untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan serta agar dapat mengurangkan harga makanan di Sarawak.

“Kalau kita tidak sokong produk tempatan, siapa lagi yang akan melakukannya?” soalnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan