KUALA LUMPUR, 7 Jun: Faktor geografi negara berhampiran mewujudkan persamaan elemen warisan seperti makanan tradisi rakyat dengan negara-negara anggota yang lain.
Oleh itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pelaksanaan mekanisme pencalonan secara bersama atau ‘multi- nomination’ melibatkan negara-negara anggota lain boleh dilaksanakan sekiranya terdapat elemen warisan di negara-negara tersebut.
Penyenaraian secara bersama ini akan memperkukuh dan merapatkan lagi hubungan antara negara melalui perkongsian budaya yang sama.
“Diperingkat antarabngsa, mekanisme pencalonan scara bersama atau multi-nomination melibatkan negara-negara anggota lain boleh dilaksanakan dibawah ‘Convention For The Safeguarding Of The Intangible Cultural Heritage’.
KPK proaktif pertingkat usaha elak kebergantungan tenaga buruh asing
“Perkara ini juga adalah bertepatan dengan perenggan 13 ‘Operational Guidelines for the Implementation of Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage,” katanya pada sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang bertanyakan usaha kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, Bak Kut Teh serta Laksa diangkat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.
Khairul memberitahu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengambil inisiatif untuk mewartakan sebanyak 213 makanan warisan Malaysia daripada pelbagai negeri dan kaum dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Akta 645 bagi melindungi serta memelihara makanan warisan ini agar tidak pupus.
Tambahnya, pihak kementerian pada Mac 2023 juga telah menghantar pencalonan Budaya Sarapan Malaysia UNESCO bagi mendapat pengiktirafan dibawah kategori ‘List Of The Intangible Cultral Heritage Of Humanity’.
Melalui pencalonan ini, katanya, Malaysia telah mengetengahkan budaya makanan sarapan melalui pengambilan makanan warisan yang telah menjadi kebiasaan dan pilihan rakyat Malaysia berbilang kaum antaranya nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
“Sekiranya pencalonan ini berjaya kelak, MOTAC yakin usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi ‘keterlihatan’ Malaysia diperingkat dunia dengan menjadikan negara ini tarikan destinasi pelancongan yang kaya dengan makanan warisan,” ujarnya. – TVS