Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia.

KPK proaktif pertingkat usaha elak kebergantungan tenaga buruh asing

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Sehingga 2022, Institusi Peneraju Industri (ILB), IMPAC bagi sektor agrikomoditi telah mengeluarkan seramai 2500 orang pelatih program di sektor sawit dengan 860 atau 35 peratus telah mendapat pekerjaan di sektor perladangan manakala selebihnya terlibat di dalam sektor yang lain, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan itu antara tindakan proaktif yang dilaksanakan kementerian dalam memastikan tenaga kerja mahir atau separa mahir dilahirkan bagi memenuhi keperluan industri.

“(IMPAC) yang merupakan institusi induk berperanan untuk menerajui serta menyelaras kursus dan program latihan kemahiran pusat latihan agensi – agensi di bawah satu organisasi.

Ia melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN).

Jelasnya, kementerian dan agensi akan terus giat menjalinkan kerjasama rentas agensi untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor perladangan termasuk bidang keusahawanan, mendapatkan peluang-peluang latihan kemahiran, laluan kerjaya dan kehidupan sebenar di sektor perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan sektor perladangan kepada pekerja asing.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya yang ingin mengetahui bentuk kerjasama yang Kementerian Peladangan dan Komoditi (KPK) lakukan merentasi agensi untuk menarik minat anak-anak muda tempatan menceburi bidang perladangan/sektor separa mahir serta melahirkan lebih ramai agropreneur muda, sekali gus mengatasi isu kebergantungan serta lambakan tenaga kerja asing di Malaysia.

Fadillah berkata selain itu, KPK turut mengadakan kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membangunkan Modul Latihan TVET bagi sektor perladangan, Kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam melaksanakan program upskilling / reskilling graduan dan penempatan latihan industri.

KPK turut menjalin Kerjasama dengan sektor swasta khususnya pemain industri utama seperti Sime Darby Plantation, FGV, IOI Plantation dan Yayasan Pahang Plantation Holding (YPPH) dalam melaksanakan Program Place and Train.

“Program jangkamasa pendek selama 3 bulan ini merupakan satu kaedah Quick Win untuk menarik minat belia tempatan menceburi sektor perladangan dengan jaminan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata KPK terus meningkatkan usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan pertanian dalam kalangan rakyat tempatan.

“Cuma cabaran 3D Dirty, Dangerous, Difficult (kotor, bahaya, sukar), terutamanya harvest atau yang petik buah, sektor swasta masih bergantung kepada pekerja asing, khususnya rakyat Indonesia yang mahir dan daya tahan yang agak tinggi.

Menyedari hakikat ini kita buat kajian untuk tingkatkan dalam usaha automasi dan mekanisme supaya dapat tingkatkan dalam sektor pertanian. Ia diharap dapat tarik minat orang muda. Hasil dah ada tapi perlu di pertingkat,” tambahnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang ingin tahu apakah langkah konkrit kerajaan untuk menggalakan anak muda berkecimpung dalam sektor perladagangan dan elak kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan