Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan membabitkan motosikal dan kereta yang mengorbankan seorang penunggang motosikal. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta

BINTULU, 1 Jun: Seorang penunggang motosikal maut tersepit di bawah kereta dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Kampung Jepak, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kemalangan pada 11.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 135LC .

“Kemalangan berlaku semasa motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh kereta Perodua Myvi.

“Akibat itu, penunggang wanita berusia 37 tahun tersebut telah terjatuh daripada motosikalnya sebelum terperosok dan tersepit di bawah kereta terbabit” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pihak kami dimaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Bintulu.

“Pemandu kereta Myvi bagaimanapun hanya mengalami luka ringan di siku kanannya,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan