Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Sambutan Kaamatan di Dewan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Penampang di sini hari ini. Foto: Japen

Peruntukan tinggi untuk Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan – PM

ByBernama

KOTA KINABALU, 1 Jun: Peruntukan tinggi kepada Sabah dan Sarawak terutama yang membabitkan belanjawan tahunan negara adalah berdasarkan keperluan kedua-dua negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau dikritik pembangkang kerana memberi peruntukan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri lain di Semenanjung namun menegaskan beliau berbuat demikian atas dasar mahu berlaku adil kepada semua negeri.

Kerajaan Perpaduan serius, tekad selesaikan masalah prasarana dengan segera – Anwar

“Keadilan ertinya meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semestinya keadilan itu beri sama rata, bukan beri peruntukan RM1 bilion untuk Sabah kemudian beri RM1 bilion untuk negeri lain, kita beri berdasarkan apa yang diperlukan oleh negeri itu.

“Seperti isu bekalan air jadi masalah besar di Sabah, begitu juga jalan tetapi negeri lain lebih baik, jadi kita bantu belanja lebih di Sabah itu kerana keperluan,” katanya pada Majlis Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Yusof Apdal, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Kerajaan Perpaduan serius, tekad selesaikan masalah prasarana dengan segera – Anwar

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lepas, Anwar mengumumkan Sabah bakal menerima peruntukan RM6.5 bilion manakala Sarawak mendapat RM5.6 bilion.

Perdana Menteri berkata pada tahun ini, beliau membuat satu keputusan yang amat drastik iaitu mahu kemiskinan tegar di seluruh negara dinoktahkan, justeru Sabah memerlukan peruntukan tertinggi.

“Jadi, ada keperluan memberikan peruntukan yang tinggi bagi hapuskan kemiskinan tegar di Sabah, ini bukan kerana saya ini pro-Sabah tetapi ini kerana keperluan kita.

“Kita mahu pastikan keadilan untuk setiap rakyat tidak kira sama ada di Kedah, Perlis dan Sabah, itu pendirian saya,” katanya.

Beliau berkata dengan tatakelola yang baik, terutama melibatkan soal kewangan, ketirisan, pembaziran dan pengurusan negeri secara amnya mampu memajukan Sabah serta negeri lain di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan