Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sibu-Bintulu membabitkan dua kenderaan yang mengorbankan lima nyawa, hari ini. Foto: PDRM

Kemalangan 5 maut: SUV hilang kawalan, bertembung kereta lain – Polis

BySaibi Gi

KUCHING, 5 Jun: Kemalangan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 62, Jalan Sibu-Bintulu, dekat Selangau hari ini dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah kenderaan pelbagai utiliti (SUV) KIA hilang kawalan lalu terbabas ke lorong bertentangan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata susulan itu, KIA yang dinaiki enam individu dari arah Selangau menuju ke arah Sibu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat orang. 

Baca artikel berkaitan >>> Lima maut dalam kemalangan dua kereta dekat Selangau

“Akibat pertembungan tersebut, pemandu kereta KIA dan dua orang penumpang serta dua orang lagi penumpang kereta Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Selangau.

“Tiga penumpang KIA cedera parah termasuk pemandu dan dua penumpang kereta Myvi turut mengalami nasib yang sama (cedera parah),” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku pada kira-kira 10 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan merbahaya.

Kes masih dalam siasatan polis.

Polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Rahmat Jalimin (Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah) di 011-31627137.

“PDRM Kontinjen Sarawak menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dalam keadaan cuaca yang kurang baik serta sentiasa mematuhi had laju ditetapkan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan