Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang. Foto: TVS

Batu Danau terima manfaat projek di bawah NRDA – Paulus

LIMBANG, 4 Jun: Pelbagai projek pembangunan giat dilaksanakan di konstituensi Batu Danau di bawah penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM1.5 bilion.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan tersebut bagi melaksana pelbagai projek pembangunan di utara Sarawak termasuk di Daerah Limbang membabitkan kawasan Batu Danau.

Kata beliau, ada projek yang sudah siap, sedang dalam pembinaan dan dalam peringkat penilaian.

“Antara projek yang telah siap ialah Anjung Usahawan di Naga Medamit, kerja-kerja pembaikan sekolah daif dan Perpustakaan Desa di Batu Danau,” katanya pada Pesta Babulang dan Lumba Kerbau semalam.

Paulus menjelaskan terdapat juga projek-projek dalam peringkat penilaian tender seperti melibatkan pembinaan jalan dan projek bekalan air dari Medamit ke Pulau Brunei.

“Projek Bekalan Air Bersih dari Simpang Jalan Pengkalan Madang ke Kampung Ukong akan dilaksanakan pada suku akhir tahun 2023,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dari segi penyelesaiaan masalah capaian telekomunikasi, Premier Sarawak telah meluluskan sebanyak 34 menara telekomunikasi tambahan bagi kawasan Batu Danau.

“Sebanyak 21 menara telahpun siap dan akan mula beroperasi pada suku pertama tahun 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan