Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Kaum Kampung Rayang Jonathan Tarip (berbaju biru) berjalan bersama rombongan dari gereja Indonesia. Foto: TVS

Perarakan keliling kampung acara tahunan Gawai di Kampung Rayang

SERIAN, 4 Jun: Perarakan mengelilingi kampung atau Dayung Ngambat Dari adalah salah satu acara kaum Bidayuh Serian di Kampung Rayang yang diadakan setiap tahun bersempena sambutan Gawai.

Apa yang menarik, perarakan ini bermula sebagai satu bentuk upacara animisme masyarakat terdahulu sebelum menganut agama Kristian.

Pada ketika penduduk kampung akan berjalan menuju ke sebuah tempat dikenali sebagai ‘Guna’ untuk melakukan upacara sembah kepada semangat.

Kini upacara tersebut semakin hilang dalam kalangan kaum Bidayuh Serian yang majoritinya memeluk agama Kristian dan menggantikannya dengan acara mengelilingi kampung.

Menurut Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Serbaguna Kampung Rayang, Jackson Anak Vincent Tahot, perarakan yang dilakukan adalah simbolik kemegahan dan bertujuan memberitahu kepada penduduk kampung bahawa proses menuai telah selesai.

“Sewaktu perarakan berlangsung, ada juga penduduk kampung yang akan turut sama menyertai perarakan ini.

“Di akhir perarakan, kaum wanita akan menunggu kaum lelaki dan menghidangkan minuman keras,” katanya ketika ditemui TVS petang semalam.

Perarakan yang bermula sekitar jam 5 petang itu disertai lebih 200 kaum lelaki pelbagai peringkat umur dengan bendera Malaysia di bawa oleh barisan hadapan dan gong dipukul sepanjang perarakan berlangsung.

Perarakan sejauh lebih tiga kilometer mengelilingi Kampung Rayang bermula dan berakhir di Dewan Serbaguna kampung tersebut.

Antara yang hadir dan mengikuti perarakan tersebut, Ketua Kaum Kampung Rayang, Jonathan Tarip, Pengerusi Progam Silamat Nyambuk Gawai Dayak Sewa 2023 (Selamat Menyambut Gawai Dayak Tahun 2023) Thomas Phillip Moss dan dua tetamu undangan khas dari Kalimantan Barat iaitu Pastor Hieronimus Papantro dari Gereja Katolik Kabupaten Landak, Kalbar dan Pastor Agustinus Kraeng Ritan dari Gereja Katedral St. Yosef, Pontianak.

Perarakan Dayung Ngambat Dari adalah salah satu dari tiga acara yang diadakan selain acara Nimpong Mpinet (pertandingan menguji kekuatan menggunakan parang) dan Billanggi Mengelilingi Ajau (persembahan dalam bentuk makanan dan minuman). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan