Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk membanjiri tapak Pesta Matu. Foto: TVS

Pesta Matu meriah

MUKAH, 3 Jun: Penganjuran Pesta Matu dilihat sebagai platform terbaik untuk menyediakan peluang ekonomi kepada penjaja kecil berdasarkan sambutan meriah pesta itu walaupun dianjurkan secara sederhana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menyifatkan sambutan pengunjung terhadap Pesta Matu pada edisi kali ini sebagai satu pencapaian yang luar biasa.

“Kita menyediakan pelbagai acara menarik, dari rakyat kepada rakyat. Saya melihatnya sebagai pencapaian terbaik sekali gus menggambarkan kerjasama antara penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain menyenaraikan 18 acara utama, Pesta Matu kali ini menampilkan kelainan apabila menjadikan perlumbaan perahu bidar sebagai sebahagian acara utama.

Pada masa yang sama, acara sukan rakyat yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Matu juga mendapat sambutan positif pelbagai peringkat masyarakat.

Juanda yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman berkata, penganjuran pesta itu bertujuan mempromosikan keunikan Matu kepada pengunjung luar.

Selain itu katanya, ia juga memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri aktiviti kemasyarakatan di daerah ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan