Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun TUDM Ke-63

ByBernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-63 kepada seluruh warga, veteran serta yang pernah berkhidmat bersama TUDM.

Baginda bertitah bahawa jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

“TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman. Syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka Baginda seperti dikongsi menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan