Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemain Kacukan Sarawak-Belgium Tersenarai Dalam Skuad Harimau Malaya

Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah diumumkan sebagai pemain ke-26 Harimau Malaya bagi kempen Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia 2022.

Penampilan Dion Cools bersama majalah bola FourFourTwo

Sebelum ini, beliau pernah mewakili kelab Club Brugge KV di Belgium sebelum berpindah ke FC Midtjylland di Denmark. Dion Cools atau nama sebenarnya, Dion Johan Cools, merupakan pemain pertahanan kanan baru FC Midtjylland kelahiran Sarawak.

Beliau pernah beraksi bersama skuad Belgium bawah 19 tahun dan merupakan satu-satunya pemain Sarawak-Malaysia yang pernah bermain di UEFA Champions League bersama kelabnya, FC Midtjylland.


Dion dilahirkan pada tahun 1996 di Kuching dengan seorang ibu dari Sarawak dan seorang ayah Belgium tetapi berpindah ke Eropah tidak lama kemudian, telah menetap dan dibesarkan di sana sepanjang hidupnya

Gambar: Dion Cools bersama ibu dan bapanya di Kuching

Dengan tersenarainya Dion Cools menjadikan Skuad Tan Cheng Hoe dipenuhi dengan beberapa pemain kacukan Malaysia. Antaranya:


Dion Cools (Defend) (Belgium-Malaysia)
Brendan Gan (Midfield) (Australia-Malaysia)
Corbin-Ong (Defend) (England-Malaysia)
Junior Eldstal (Midfield, Defend) (Swedish-Malaysia)
Sam Somerville ( Goal Keeper) (English-Malaysia)
Matthew Davies (Defend) (Australia-Malaysia)

Skuad Harimau Malaya akan menentang United Arab Emirates (UAE) pada 4 Jun ini.

Semoga berjaya Dion Johan Cools. Encang sampe Champion!!

Kredit gambar: Lundu Homestay, FAM, FourFourTwo, Berita BOLA Semasa

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan