Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: FB Alexander Nanta Linggi.

Nanta zahir rasa simpati terhadap mangsa perahu karam di Kapit

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 31 Mei: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa perahu karam di Kapit pada pagi Selasa.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menerusi Facebooknya berkata, tragedi yang berlaku berhampiran Jambatan Mujong Kapit amat menyayat hati.

Bot karam di Kapit, seorang hilang dua selamat

“Saya berharap mangsa dapat ditemui dengan kadar segera dalam keadaan selamat.

“Saya juga telah meminta wakil saya di kawasan untuk memantau keadaan dan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga dan juga pasukan penyelamat sekiranya diperlukan,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, 13 selamat manakala seorang lagi mangsa belum ditemui.

Bot karam di Kapit, seorang hilang dua selamat

Mangsa dikenali sebagai Linza Enpih, berusia 17 tahun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak memaklumkan setakat 5 petang ini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan