KAPIT, 30 Mei: Dua selamat manakala seorang dilaporkan masih hilang selepas sebuah bot karam berhampiran jambatan Mujung di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.37 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.
Susulan menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam BBP Kapit menggerakan sebuah jentera EMRS dan sebuah pacuan empat roda serta lapan anggota.
Berita lanjut akan menyusul.