Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiong Sii menyempurnakan acara miring pada Majlis Pra Gawai anjuran SUPP cawangan Sarikei di Dewan Sentral Sarikei, semalam. Foto: TVS.

Peruntukan kerajaan dimanfaat sebaik mungkin

SARIKEI, 30 Mei: Setiap peruntukan yang disalurkan kerajaan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk melaksanakan pelbagai projek bagi manfaat rakyat di kawasan Parlimen Sarikei.

Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek tidak berdepan masalah dan berjalan lancar.

Sarikei terus dibangunkan, tingkat taraf hidup penduduk

Malah katanya, sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat, beliau telah mengagihkan semua peruntukan itu dengan seadil-adilnya.

“Sepanjang masa saya berkhidmat, saya telah menggunakan semua peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan GPS untuk memanfaatkan keperluan dan kesejahteraan rakyat di kawasan saya. Saya akan meneruskan usaha saya, dan akan menggunakan setiap wang yang diperuntukkan dari Kerajaan Sarawak. Kali ini, kita ada tambahan daripada Kerajaan Perpaduan. Ini janji saya kepada rakyat Sarikei dan Meradong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Gawai anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei, di Dewan Sentral, semalam.

Tiong Sii yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, sokongan rakyat dan kerja keras seluruh jentera parti yang bertungkus-lumus hingga membolehkan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tidak pernah dilupakan.

Sokongan padu itu katanya, kekal menjadi pendorong dan semangatnya untuk memberikan khidmat dengan sepenuh komitmen.

Beliau juga memberi jaminan akan memastikan tanggungjawab digalas dengan baik demi kepentingan rakyat khususnya di Parlimen Sarikei.

“Ini janji saya kepada rakyat Sarikei dan Meradong! Sesusah mana pun, saudara saudari sila ingat, saya bekerja kuat setiap hari untuk kebajikan rakyat Sarikei dan Meradong. Saya bekerja setiap hari, di Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen, dan juga sebagai Timbalan Menteri di Kerajaan Perpaduan. Namun saya sentiasa berada bersama anda semua,” tegasnya.

Program dihadiri lebih 2,000 penduduk dari sekitar daerah Sarikei.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan