Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman melepaskan peserta konvoi ke Miri. Foto: TVS.

Sarawak lakar banyak kejayaan sejak 60 tahun merdeka

LIMBANG, 29 Mei: Sarawak melakar banyak kejayaan sejak 60 tahun merdeka hasil idea dan sokongan pemimpin khususnya dalam kalangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membangunkan negeri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, landskap pembangunan Sarawak dapat dirasai dan dinikmati di seluruh bahagian di Sarawak termasuk di daerah Limbang.

Sarawak terus maju dan membangun sepanjang 60 tahun merdeka

Katanya, 60 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia perlu dirai oleh semua lapisan masyarakat di Sarawak pelbagai peringkat umur, bagi meraikan detik bersejarah dengan menyaksikan Sarawak sama-sama membentuk Malaysia.

“Kita nampak perubahan-perubahan yang berlaku di seluruh pelosok Sarawak termasuk kita di Limbang. Saya menyeru kepada rakyat Limbang sama-sama juga meraikan perayaan yang begitu penting bagi Sarawak iaitu sambutan Jubli Intan 60 tahun merdeka dalam Malaysia.

“Kita berdoa agar kepimpinan yang ada yang diterajui oleh Premier Sarawak akan terus diberikan kesihatan yang baik dan diberi ilham untuk terus mencari jalan bagaimana untuk terus memajukan Sarawak sekali gus mencapai hasrat menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Konvoi 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang telah memulakan jelajah merentasi seluruh Sarawak bermula dengan destinasi pertamanya di Lawas semalam turut memilih Limbang sebagai persinggahan keduanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peserta konvoi dapat singgah di daerah Limbang ini dan kita di Limbang mengalu-alukan kedatangan konvoi ini dan kita sama-sama meraikan meraikan apa yang telahpun berlaku selama 60 tahun,” katanya.

Konvoi tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Gerald Rentap Jabu serta melibatkan konvoi tetap dan juga konvoi bahagian.

Atlet para negara yang melakar banyak kejayaan di podium dunia dalam sukan renang Jamery Siga yang juga anak Limbang diberi penghormatan untuk menyambut ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Limbang.

Turut sama pada majlis itu ialah ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan wakil Ketua Polis Daerah Limbang, DSP Liong Tindan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan