Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Austria ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Andreas Launer, hari ini. Foto TVS
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Andreas Launer di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Austria perkasa kerjasama dengan Sarawak dalam bidang teknologi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Mei: Austria akan memperkasakan kerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai bidang terutamanya dengan syarikat berasaskan teknologi.

Duta Besar Austria ke Malaysia, Andreas Launer berkata syarikat-syarikat dari negara berkenaan kukuh dalam teknologi seperti tenaga mampan, teknologi hijau, pengangkutan awam, pelancong dan perubatan.

“Syarikat dari Austria datang ke sini untuk terlibat dalam perkongsian jangka panjang dan kami ingin memberikan sokongan penuh kepada Premier dalam semua perkara yang boleh kami tawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Andreas berkata, kerjasama ini merupakan langkah yang tepat kerana Sarawak mempunyai potensi yang besar seperti Semenanjung Malaysia dan beliau akan terus menyokong semua strategi bercita-cita tinggi negeri ini untuk masa depan.

“Berdasarkan pengalaman kami di Semenanjung Malaysia, Austria telah menjadi pelabur utama apabila telah melaburkan berbilion-bilion Dolar Amerika atau Euro.

“Perkara yang seiring dengan perkongsian teknologi dan pelaburan langsung adalah sesuatu yang amat bertepatan dan kami sangat optimis bahawa kita boleh tingkatkan kerjasama di masa hadapan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan