Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah panjang Selunsin, Sungai Maram, Jalan Beratok Pakan, Sarikei, terbakar pagi tadi. Foto: BBP Bintangor

Tragedi menjelang Gawai, 15 pintu Rumah Panjang Selunsin terbakar

ByNurul Amarlina

SARIKEI, 30 Mei: Semua penghuni Rumah Panjang Selunsin, Sungai Maram, Jalan Beratok Pakan di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas rumah panjang mereka terbakar pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, rumah panjang dua tingkat dan mempunyai 15 buah pintu itu terbakar sebanyak 80 peratus.

15 pintu Rumah Panjang Selusin terbakar

“Ruangan hadapan (ruai dan bilik tidur tingkat atas) terbakar 100 peratus manakala bahagian belakang (ruang tengah dan dapur) berjaya diselamatkan,” jelas kenyataan itu.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dan BBP Sarikei memadam kebakaran dengan sumber air terbuka dari kolam berhampiran rumah panjang tersebut. 

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11:35 pagi. 

Kerja-kerja overhaul masih dijalankan di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan