Inovasi Pertiwiku memaparkan inisiatif-inisiatif inovasi teknologi dan sosial yang diterajui oleh sektor awam, korporat, syarikat permula (startup), perusahaan sosial dan juga penyelidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Sarawak.
Inovasi Pertiwiku memaparkan inisiatif-inisiatif inovasi teknologi dan sosial yang diterajui oleh sektor awam, korporat, syarikat permula (startup), perusahaan sosial dan juga penyelidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Sarawak. Program ini dihoskan oleh Michelle Lungan dalam meneroka usahasama yang berkaitan pembangunan inovasi yang memberikan manfaat kepada masyarakat setempat merentasi pelbagai industri.
Episod pertama ini memaparkan konsep ‘edutainment’ kepada para penonton yang menggabungkan elemen pendidikan serta hiburan. Ikuti kupasan Michelle Lungan mengenai D-Virtual Park dalam memberikan pengalaman hiburan maya dan juga The Learning Curve dalam menerajui inovasi pembelajaran melalui perisian Minecraft.