Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jenazah Awang Askandar dijangka tiba awal pagi esok di KLIA

ByTVS

KOTA KINABALU, 26 Mei: Jenazah Pengarah Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Allahyarham Lt Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok, 27 Mei.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata, pengurusan membawa balik jenazah telah diselaraskan dengan lancar oleh pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.

Menurutnya, jenazah mangsa akan diterbangkan dari Kathmandu, Nepal menggunakan pesawat MH115 pada 26 Mei, jam 11.30 malam (waktu tempatan) dan dijangka tiba di KLIA pada 27 Mei, jam 6.25 pagi (waktu tempatan).

“Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 pada pukul 11.35 pagi, 27 Mei dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 2.15 petang.

“Seterusnya, atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah,” katanya.

Armizan berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan APM.

Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan