Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Char Sen ketika mengetuai Kumpulan OCBC Bank (Malaysia) Berhad mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Kuching. Foto: TVS

OCBC Bank komited sokong pembangunan ekonomi hijau Sarawak

KUCHING, 26 Mei: Hasrat Sarawak membangunkan dasar ekonomi hijau menerusi tenaga boleh diperbaharui mendapat sokongan Kumpulan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chor Sen berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam menyokong strategi dan inisiatif kelestariannya.

Menurutnya peranan Sarawak dalam meneroka sumber teknologi hijau disifatkan penting bukan hanya di Malaysia tetapi di rantau ini.

“Kita melihat Sarawak sebagai kawasan yang berpotensi besar terutamanya dalam kawasan kemampanan yang sangat banyak dan ketika ini (Sarawak) mengisytiharkan fokus tersebut seperti yang dilakukan oleh negara lain di dunia.

“Malah Sarawak boleh memainkan peranannya bukan sahaja untuk negeri ini dan Malaysia tetapi di rantau ini segi tenaga hijau boleh diperbaharui sekali gus menyumbang kepada pembangunan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengetuai kunjungan hormat OCBC Bank kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, beberapa perkara dibincangkan bersama pemimpin utama Sarawak itu termasuk bimbingan bagaimana OCBC boleh membantu kesinambungan pertumbuhan strategi Sarawak.

“Apa yang lebih penting di sini kita mendapat bimbingan daripada Premier (Abang Johari) iaitu kumpulan OCBC boleh menyokong kesinambungan pertumbuhan dan strategi dalam inisiatif Sarawak, kami sangat gembira kerana dapat mengadakan lawatan ini,” katanya.

Sementara itu menurut Pengarah Urusan OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Tan Ai chin, pihaknya menyatakan komitmen penuh menyokong pembangunan infrastruktur di wilayah Sarawak.

Malah akan terus menyalurkan lebih banyak sumber dalam membantu pembangunan termasuk terlibat dengan projek tenaga boleh diperbaharui.

“Untuk makluman OCBC telah menjadi pengatur utama utama untuk insurans bon sebanyak RM5.57 bilion sehingga beberapa tahun lalu untuk menyokong pembangunan infrastruktur di rantau ini, kami akan terus meletakkan lebih banyak sumber untuk menyokong pembangunan infrastruktur.

“Seperti yang disebut oleh Tan Char Sen tentang projek tenaga boleh diperbaharui dan semua perkara lain yang menjadi keutamaan Premier Sarawak dalam meletakkan melaksanakan strategi Sarawak, kami OCBC yang telah bertapak selama 75 tahun akan akan terus memberi sokongan kepada wilayah ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan