Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh dan Azizul Annuar Adenan melawat pameran pada Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak lulus pelaburan RM9.6 bilion sepanjang tahun lepas dan suku pertama 2023

LUNDU, 25 Mei: Sarawak meluluskan pelaburan bernilai RM9.6 bilion untuk 87 projek berkaitan pembuatan dalam tempoh 2022 sehingga suku pertama 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dengan jangkaan lebih 6,000 peluang pekerjaan, pelaburan tersebut melibatkan projek utama antaranya sektor elektrik dan elektronik, logam asas, plastik, perkhidmatan serta produk bahan kimia.

Menurutnya, ia berjaya mengembangkan sektor ekonomi negeri sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur kepada kementerian terlibat.

“Apabila dunia semakin pulih dari pandemik COVID-19, Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan di Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelabur dari seluruh dunia. 

“Semakin ramai bakal pelabur telah menyatakan minat untuk melabur di Sarawak dan terlibat secara aktif dengan MINTRED (Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak) mengenai cadangan pelaburan mereka dalam projek hijau seperti hidrogen, ammonia, green metal, sour gas, dan lain-lain,” kata Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh pada Majlis Perasmian Program Jom Regista Bisnes di sini, hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Awang Tengah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata lagi, kementeriannya membantu lebih 36,000 usahawan melalui bantuan kewangan, pembangunan kapasiti dan promosi bagi tempoh 2021 hingga suku pertama 2023.

“Kerajaan Sarawak melalui kementerian saya akan meneruskan skim pinjaman mudah pada kadar faedah serendah empat peratus berdasarkan baki bulanan berkurangan melalui program Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).

“Setakat ini, sejumlah RM101.6 juta telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 2,500 perusahaan kecil dan sederhana termasuklah 258 usahawan B40 yang menikmati pinjaman tanpa faedah dengan jumlah kelulusan RM1.9 juta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan