Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh bersama Azizul Annuar Adenan merasmikan Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini. Foto: TVS

RM22.8 juta bangunkan tiga infrastuktur perniagaan di Lundu

LUNDU, 25 Mei: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) sedang membangunkan infrastruktur perniagaan di daerah Lundu bagi menyediakan fasiliti yang lebih kondusif kepada komuniti usahawan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata infrastruktur pengilangan dan perniagaan yang lengkap serta kondusif amat penting bagi memastikan kelangsungan ekosistem keusahawanan.

“Kementerian saya sedang membangunkan kemudahan infrastruktur untuk pengilangan dan juga premis perniagaan untuk usahawan tempatan merancakkan lagi aktiviti pengilangan dan perniagaan mereka.

“Projek-projek tersebut ialah Estet Perindustrian Sematan Fasa 1 (RM8.5 juta), Anjung Usahawan Sematan (RM9.3 juta), Anjung Usahawan Telok Melano (RM5 juta),” kata Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcom Mussen Lamoh yang mewakilinya semasa Majlis Perasmian Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Menurutnya, projek estet perindustrian ini akan menyediakan kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan infrastruktur asas bagi tujuan aktiviti pengilangan.

Manakala premis Anjung Usahawan pula akan menyediakan ruang kepada pengusaha makro dan kecil dan sederhana memproses dan memasarkan produk di tempat yang lebih selesa, selamat, bersih dan terjamin.

Mengenai Program Jum Regista, beliau menggalakkan para usahawan tempatan untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

Sejak program in diperkenalkan oleh MINTRED pada tahun 2020 seramai 2,529 usahawan telah dibantu dan berjaya mendaftarkan perniagaan mereka.

“Menyedari keperluan ini, Kementerian saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Jum Regista agar para usahawan informal terutamanya di luar bandar dapat dibantu untuk menjadikan perniagaan lebih formal.

“Usaha formalisasi perniagaan merupakan salah satu pemangkin untuk Sarawak beralih ke arah lanskap perniagaan digital. Dengan mendaftarkan perniagaan, usahawan kita akan berpeluang untuk menikmati bantuan dari pihak kerajaan mahupun insitusi kewangan dan dapat meneroka prospek perniagaan lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan