Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini (22 Mei) menyaksikan proses mengisi bahan api penerbangan mampan (SAF) untuk kegunaan pesawat airBaltic A220-300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching . Foto: Faitullah Morni (TVS)

Jualan SAF global dijangka cecah RM72.4 bilion

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 24 Mei: Industri penjualan bahan api penerbangan mampan (SAF) di peringkat global dijangka akan meningkat kepada RM72.04 bilion menjelang 2030.

Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ts. Dr Wan Nor Roslam Wan Ishak berkata, ketika ini nilai dagangan SAF adalah sekitar RM1.05 bilion.

Kata beliau, unjuran peningkatan pantas dalam tempoh 10 tahun itu dipacu oleh polisi di beberapa negara maju yang telah mewajibkan campuran SAF ke dalam bahan bakar konvensional.

Sehubungan itu kata Wan Roslam, langkah Kerajaan Sarawak meneroka industri berkenaan tepat pada masanya.

“Saya kira Kerajaan Sarawak benar – benar serius mahu membekalkan dan menghasilkan SAF pada skala yang besar dan menjadi salah satu pengeluar utama di rantau ini namun memerlukan beberapa langkah tambahan untuk menyokong perlaksanaan ini, ” katanya kepada TVS hari ini.

Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ts. Dr Wan Nor Roslam Wan Ishak

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengoperasian Loji Jana Kuasa Alga dan Chotose Carnon Capture Central di Sijingkat pada 10 Mei lepas yang dilihat sebagai komitmen Kerajaan Sarawak ke arah polisi ekonomi hijau.

Loji berkenaan mampu mengeluarkan sekitar 45 tan SAF untuk kegunaan pesawat di seluruh dunia.

Pada Isnin, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menguji SAF dihasilkan di sini apabila pesawat AirBaltic A200 -300 yang membawanya ke Langkawi turut menggunakan bahan bakar mesra alam itu.

Abang Johari membuat lawatan sekitar fasiliti pengeluaran Alga CHITOSE Penangkapan Karbon Bahagian Tengah Sarawak pada 10 Mei lepas. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Berhubung langkah tambahan yang dimaksudkan, Wan Roslam berkata, ia memerlukan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam dan luar negara termasuk Airbus, Boeing, Malaysia Airlines dan AirAsia.

“Selain itu polisi di peringkat nasional juga perlu penambahbaikan.

“Apa yang boleh saya boleh cadangkan ialah mewajibkan pembekal bahan api untuk mencampurkan SAF bersama bahan api konvensional dan jika dijadikan sebagai mandoriti, ia mampu galakan lagi industri penghasilan SAF ini,” katanya.

Sementara itu perkembangan global katanya menyaksikan Norway telah mewajibkan campuran sebanyak 0.5 peratus SAF ke dalam bahan bakar bermula Januari 2020.

Sarawak cipta sejarah industri penerbangan, uji bahan api

“Dua lagi negara Eropah iaitu Sweden dan Perancis juga telah menunjukkan komitmen penggunaan SAF sebagai bahan bakar,” katanya.

Mengulas mengenai langkah Sarawak meneroka sektor berkenaan, Wan Roslam berkata, beliau teruja dengan perkembangan berkenaan kerana sebelum ini negeri ini juga telah mengembangkan penghasilan tenaga hidrogen.

“Usaha mempromosi penggunaan tenaga mampan dan hijau dari sumber tumbuhan atau biodiesel seperti produk SAF ini mampu memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan alam sekitar.

Sarawak cipta sejarah industri penerbangan, uji bahan api

“Penggunaan bahan api global oleh industri penerbangan telah mencapai tahap tertingginya sebanyak 95 bilion gallon pada tahun 2019 tetapi menunjukkan penurunan kepada 52 dan 57 bilion gallon pada 2020 dan 2021 disebabkan oleh pandemik ,” katanya.

Ramalan peningkatan ketara penggunaan SAF pada masa akan datang pula katanya berkait dengan komitmen global untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Ini telah membuka pasaran yang besar kepada bahan api hijau dan mampan ini untuk diketengahkan,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan