Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Citrine dan UNIMAS kerjasama tingkat landskap komunikasi di Borneo

KOTA SAMARAHAN, 23 Mei: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memeterai kerjasama dengan agensi perhubungan awam, Citrine One Borneo untuk meningkatkan landskap komunikasi di wilayah ini.

Ini susulan majlis menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) membabitkan dua organisasi berkenaan yang berlangsung hari ini.

MoU itu juga bertujuan untuk menyediakan peluang kepada pelajar UNIMAS yang berhasrat meneruskan kerjaya dalam bidang perhubungan awam.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullan Saidol berkata, MoU berkenaan merupakan usaha baik oleh sektor swasta yang bekerjasama dengan universiti awam seperti UNIMAS.

Kata beliau, ini akan mendedahkan mahasiswa dengan pelbagai kemahiran agar mereka sentiasa bersedia berhadapan dengan dunia realiti selepas bergraduasi.

“Pelbagai kemahiran termasukan kemahiran berkomunikasi secara profesional penting bagi bersaing dalam dunia pekerjaan dan ia sangat penting untuk generasi sekarang,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

MoU itu telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi dan rakan kongsi Citrine, Junaidi Asmara.

Sementara itu, Junaidi berkata, MoU ini merupakan langkah sulung firma itu ke arah mengukuhkan kedudukannya di Borneo di samping membuka ruang dan peluang untuk graduan tempatan khususnya di UNIMAS.

“Pihak Citrine telah mengenal pasti bahawa Sarawak khususnya Kuching adalah tempat tepat untuk kami jalinkan kerjasama kerana bakat golongan muda sudah sedia ada,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan