Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Energy Berhad, berkata pihaknya telah menangani isu yang dibangkitkan berhubung keadaan keselamatan empangan. Foto fail Sarawak Energy Berhad (SEB).

Empangan Bakun mampu raih hasil perikanan RM500 juta setahun

ByNazirah Adlina

KUCHING, 23 Mei: Kerajaan Sarawak merancang untuk mewartakan Empangan Bakun di Belaga sebagai Zon Industri Akuakultur (AIZ) menjelang tahun depan.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini kerana empangan berkenaan dikenal pasti sebagai sangat berpotensi untuk pengeluaran hasil perikanan.

Katanya, berdasarkan anggaran, sebanyak 40,000 tan metrik hasil perikanan bernilai RM500 juta mampu dijana menerusi operasi AIZ di situ kelak.

“(Selain Empangan Bakun), kementerian akan terus mengenal pasti tapak yang sesuai di sepanjang kawasan persisir pantai untuk membangunkan lebih banyak taman akuakultur dalam usaha mengembangkan pengeluaran hasil ikan dan udang untuk memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan kementeriannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kepada sidang dewan setakat ini sebanyak empat kawasan telah diwartakan oleh Kerajaan Sarawak sebagai AIZ iaitu Empangan Batang Ai di Lubok Antu, Loba Stoh Rambungan di Kuching, Sundar Awat-Awat di Lawas dan Selalang di Sarikei.

Keempat – empat lokasi berkenaan katanya berkemampuan untuk pengeluaran hasil ikan dan udang air tawar bernilai tinggi.

Berkenaan penglibatan nelayan pula, Stephen Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, setakat ini terdapat seramai 10,828 nelayan berdaftar.

“Sejumlah 5,103 kapal nelayan pula mengeluarkan sebanyak 125,000 tan metrik ikan setiap tahun.

“Oleh itu, Sarawak memiliki potensi besar dalam industri perikanan dan kita bercadang untuk menubuhkan satu jabatan perikanan milik Sarawak bagi mempercepat serta menyelia pembangunan industri ikan di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan