Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kastam Sabah rampas 32.26 kg dadah bernilai RM1.24 juta tahun ini

ByTVS

KOTA KINABALU, 22 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi perkhidmatan kurier membabitkan nilai RM1.24 juta sepanjang tahun ini.

Penolong Ketua Pengarahnya, Mohd. Nasir Deraman berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak  32.26 kilogram (kg) dadah berjaya dirampas sejak Januari.

Berdasarkan statistik katanya, rampasan membabitkan tiga jenis dadah iaitu methamphetamine seberat 2.44 kg, ganja (1.4 kg) dan ketamin seberat 6.38 kg yang cuba dibawa masuk ke Sabah.

“JKDM Sabah juga berjaya merampas sebanyak 152.31 kg daun ketum dan serbuk ketum seberat 323.09 kg yang bernilai RM3,222.17 ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pemantauan sepanjang lima bulan pertama tahun ini juga katanya merekodkan dua kes tangkapan melibatkan dadah jenis methamphetamine seberat 6.08 kg yang dianggarkan bernilai RM219,060.

“Selain itu pada 19 Mei lepas, kita berjaya merampas 3.01 kg dadah yang bernilai RM181,650,” katanya.

Beliau memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan