Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi. Foto: TVS

55 menara SMART bakal beroperasi sebelum Hari Gawai

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 22 Mei: Sebanyak 55 buah menara telekomunikasi 4G di bawah projek Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) bakal beroperasi sebelum sambutan Hari Gawai akan datang.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, menara tersebut merupakan antara 600 buah menara di bawah inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) yang dilaksanakan bagi memperluas perkhidmatan internet di Sarawak.

“Setakat ini, sebanyak 70 buah menara SMART baharu telah beroperasi dan daripada jumlah itu, sebanyak 47 buah menyediakan perkhidmatan Perkhidmatan Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) beserta rangkaian mudah alih 4G.

“Sebanyak 23 buah menara lagi yang menyediakan perkhidmatan sama sedang dalam peringkat integrasi dengan sistem penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih 4G,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Julaihi menambah, bagi perkhidmatan internet untuk komuniti luar bandar melalui inisiatif MySRBN, tapak menara telekomunikasi sedia ada akan dilengkapi dengan peralatan bagi memberi perkhidmatan internet secara wireless.

Menurutnya, sebanyak 166 tapak MySRBN telah beroperasi manakala 28 tapak lagi dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 16,460 langganan yang meliputi lokasi seperti kediaman persendirian, rumah panjang, klinik, sekolah dan balai raya,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan