Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan premisnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya yang terbakar pagi ini tidak berpenghuni. Foto JBPM Selangor.

Bangunan terbakar tidak berpenghuni – KWSP

ByDayu Adruce

KUCHING, 22 Mei: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan premisnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya yang terbakar hari ini tidak berpenghuni.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata, kebakaran yang berlaku pada pukul 10.39 pagi tadi itu juga tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Bangunan itu kini kosong dan butiran lanjut akan diberikan,” jelas jabatan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran yang melibatkan tingkat empat dan lima bangunan berkenaan berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi.

Sementara itu, KWSP berkata, JBPM juga akan menyiasat punca kebakaran.

Pada Februari 2018, hampir 40 peratus bangunan setinggi enam tingkat itu mengalami kemusnahan akibat kebakaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan