Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil (kiri) dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin. Foto: Aziz Soleh (TVS).

KKD mahu kukuhkan kerjasama digital dengan Kerajaan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 Mei: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat untuk terus mengukuhkan kerjasama strategik digital dengan Kerajaan Sarawak, kata Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri KKD berkata, hasrat berkenaan telah dizahirkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika pertemuan mereka baru – baru ini sempena lawatan kerjanya ke Sarawak.

Kata Fahmi, antara yang ditekankan termasuk komitmen untuk menambah baik capaian internet dan fasiliti telekomunikasi sekali gus merapatkan jurang digital di Sarawak.

“Sewaktu menyampaikan ucap tama pada Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (ASPEC) 2023 di Kuching, saya turut menekankan kepentingan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui perkongsian maklumat bagi menangani cabaran keselamatan siber,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Fahmi berkata, sempena lawatan kerja ke Sarawak, beliau turut merasmikan Majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi (WTISD) 2023 bertemakan Memperkasakan Masyarakat Melalui Teknologi Maklumat dan Digital di Plaza Merdeka.

Kata beliau, turut ditegaskan mengenai komitmen kerajaan untuk memperkasakan masyarakat menerusi tranformasi digital seiring dengan aspirasi Malaysia Madani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan