KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM49.26 bilion dan RM25.14 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari.
Ia juga mengadakan  dua tender Qard yang terdiri daripada RM800 juta bertempoh tujuh hari dan RM500 juta untuk 14 hari.
Selain itu, bank pusat juga akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM47.3 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM22.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – TVS