Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto Bernama.

Bincang topik berbaur lucah di Telegram: JAKIM kemuka aduan rasmi kepada MCMC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu sedang dalam tindakan serta siasatan lanjut MCMC di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Berkenaan memanggil dan membuat pertemuan dengan wanita berkenaan, JAKIM telah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan pihak berkenaan menetap di negeri Terengganu.

“Pihak JAKIM juga telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pihak JHEAT bagi membolehkan satu siasatan dilakukan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang wanita yang didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri dan menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah itu.

Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu ialah menyuruh suami merogol isteri dan isteri melayani suami umpama pelacur selain terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram itu yang menyuruh para suami menyakiti isteri jika enggan melayani mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan