Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rolland menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil diperhatikan tetamu yang lain di Dewan Masyarakat Julau pada Sabtu. Foto: TVS.

Agih bantuan kebajikan, kerjasama akar umbi diperlukan – Rolland Duat

JULAU, 20 Mei: Kerjasama komuniti setempat termasuk pemimpin akar umbi dituntut bagi memudahkan bantuan kebajikan disalurkan kepada golongan yang memerlukan terutama di Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, jumlah bantuan bulanan yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) kepada penerima di Sarikei kurang daripada RM 5 juta sejak Januari hingga Mei ini.

Bagaimanapun menurutnya jumlah itu berkemungkinan akan meningkat jsekiranya komuniti memberikan kerjasama dalam memastikan mereka yang memerlukan tidak terlepas pandang.

“Saya berharap kerajaan negeri akan mempertingkatkan peruntukan daripada RM5 juta kepada RM6 juta atau RM7 juta, namun kerajaan mahu kerjasama daripada komuniti.

“Terutama di kawasan saya, jika mahu mendapatkan lebih banyak bantuan, kerajaan pun mahu melihat lebih banyak lagi peningkatan komuniti untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri ataupun kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sejambak Kasih di Dewan Masyarakat Julau pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rolland berkata daerah Sarikei menduduki senarai penerima bulanan tertinggi dengan seramai 889 orang, diikuti Julau 499 orang, Meradong 707 dan Pakan 444 orang.

Program berkenaan Katanya merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

“Penganjurannya di sini bertujuan untuk meraikan dan meringankan beban kewangan semua penerima bantuan JKM semasa menyambut perayaan.

“Sumbangan itu bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Perayaan Gawai yang bakal diraikan tidak lama lagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan