Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi pendakian Everest

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

“Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya di sisi Allah, semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.

“Semoga arwah dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Misi yang bermula awal April lepas turut disertai antaranya ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak, Muhammad Hawari Hashim dan Vincent Tiong Ling Yang.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kematian Pengarah APM Kedah berkenaan.

“Malawakil kami di Kathmandu telah memaklumkan mengenai kematian itu.

“Kami telah mengarahkan Malawakil untuk memantau proses membawa turun jenazah ke Base Camp sebagai langkah pertama operasi itu,” katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, malam ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan