Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Keselamatan siber tanggungjawab bersama, perlu penglibatan aktif rakyat – Fahmi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Mei: Membudayakan keselamatan siber bukan terletak pada bahu kerajaan semata-mata namun merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia, tegas Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata, keselamatan siber merupakan isu kritikal yang berupaya memberi kesan negatif  kepada kerajaan, perniagaan dan individu sekiranya tidak ditangani secara berhemah.

“Dengan mendidik diri kita dan mengamalkan amalan digital selamat, kita boleh mewujudkan budaya keselamatan siber yang berkembang melalui persidangan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023, di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat.

Fahmi Fadzil (kiri) dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pada Jumaat. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Menurut Fahmi, kehidupan manusia yang kini semakin dibentuk oleh teknologi digital menyaksikan ia memerlukan perlindungan aset dalam talian dan perlindungan identiti digital turut menjadi keutamaan.

“Kemajuan pesat teknologi telah membawa banyak faedah, tetapi ia juga telah membuka jalan baharu kepada ancaman dan serangan siber,” katanya.

Sehubungan itu,  mengulas mengenai APSEC 2023, Fahmi berkata persidangan yang menghimpunkan golongan profesional dan pakar dalam keselamatan siber itu bukan sahaja acara yang menyalurkan maklumat berhubung dunia siber, malah ia juga platform yang menawarkan peluang perangkaian kepada setiap peserta.

“Menerusi persidangan ini, kita dapat mengukuhkan pertahanan keselamatan siber kita.

“Saya menggalakkan setiap daripada anda untuk terlibat dalam perbualan yang bermakna, bertukar idea dan menjalin perkongsian yang akan menyumbang kepada ekosistem digital yang lebih selamat,” ujarnya.

APSEC 2023 yang julung kalinya diadakan di Sarawak berlangsung selama tiga hari, bermula semalam, 19 hingga 21 Mei dengan memfokuskan kepada sekuriti siber yang berkaitan dengan ekonomi digital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan