KUCHING, 19 Mei: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil akan memanggil penganjur konsert Coldplay bagi mendapatkan maklumat berhubung situasi sebenar isu penjualan tiket yang dikatakan mahal.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pertemuan dengan penganjur konsert itu akan disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
“Kita (akan) memahami apa yang sebenarnya berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia boleh diatasi sekarang serta apa langkah-langkah yang mungkin perlu kita teliti supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Antara perkara lain yang juga akan diteliti dalam perbincangan tersebut ialah cara pembelian tiket sama ada memerlukan sekatan atau syarat-syarat yang perlu dikenakan terhadap penganjur.
Bagai pisang goreng panas, tiket prajualan konsert Coldplay menerusi CIMB habis dijual
“Ramai menyatakan rasa tidak puas hati. Kita sedang teliti apa peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu ambil tindakan,” katanya.
Semalam, Fahmi menegur pihak yang menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga yang terlalu mahal hingga mencecah RM43,000.
Bagai pisang goreng panas, tiket prajualan konsert Coldplay menerusi CIMB habis dijual
Tindakan itu disifatkannya sebagai keterlaluan dan menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. – TVS