Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto fail: TVS.

Remaja miliki syabu bernilai RM1.89 juta diberkas

ByTiana Azni

KUCHING, 19 Mei: Seorang lelaki berumur 18 tahun diberkas kerana memiliki syabu bernilai RM1.89 juta menerusi serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Kawa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata serbuan membabitkan rampasan dadah kira-kira 52.5 kilogram itu dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada 18 Mei.

“Dadah dikirim melalui perkhidmatan kurier oleh ahli sindiket yang berada di Semenanjung Malaysia. Suspek akan menghantar dadah ke lokasi yang diarahkan melalui telefon,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pasaran adalah di sekitar Kuching dan daerah-daerah berdekatan.

Syabu yang dirampas itu boleh digunakan 262,550 pengguna sambil berkata suspek dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah syabu sejak April 2023, katanya. 

Polis turut menyita sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Suspek yang merupakan penganggur, tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif dadah, jelasnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Mei.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup. 

Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang dari 15 sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mempertingkatkan usaha bagi memerangi kegiatan pengedaran dadah dengan menangkap ahli sindiket atau individu yang terlibat, serta melumpuhkan sumber bekalan dadah, kewangan dan aset mereka bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah dibanteras habis-habisan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan