Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Tijirak, Siburan, malam tadi. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

13 penghuni hilang tempat tinggal, rumah musnah dalam kebakaran

KUCHING, 19 Mei: Tiga belas penghuni sebuah rumah di Kampung Tijirak, Siburan dekat sini hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak melaporkan mangsa terdiri daripada lapan orang dewasa dan lima kanak-kanak.

Kebakaran turut memusnahkan dua kereta dan sebuah motosikal. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Turut musnah dalam kebakaran berkenaan, dua kereta dan sebuah motosikal.

Bomba menerima panggilan pada kira-kira 8.30 malam, seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan ke lokasi.

“Pasukan pemadam menghadapi kesukaran disebabkan jentera tidak dapat masuk ke lokasi berikutan keadaan laluan yang agak sempit dan anggota terpaksa menggunakan kenderaan yang lebih kecil untuk ke lokasi kejadian,” lapor PGO.

Kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 9:30 malam dan operasi tamat pada kira-kira 11.20 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan